Friday, 4 May 2018

Cara Untuk Buat Kawan di Universiti...edisi malu tapi mau



Aku ni sebenarnya seorang yang agak pemalu dan pendiam.

Aku tak tau camne nak start a conversation dengan orang yang aku tak kenal.

That being said, memang susah untuk aku buat kawan baru di tempat baru.

Tapi aku dah dapat tau cara nak buat kawan dengan senang .

1 . join program , bila kau join program kat universiti , kau akan berjumpa dengan ramai orang yang kau tak kenal . lagi-lagi bila kau join program tu sensorang , haruslah kau kena bercakap dengan orang yang kau tak kenal kan.

2. tanya soalan . tanya je apa-apa . tanya je walaupun kau dah tau jawapan . bila dia dah jawab tu . kau tanya la pulak . eh awak ni fakulti mana eh . nama apa . asal mana . haaa borak-borak sikit . jadilah kawan .

3. senyum banyak sikit . ok ni penting sikit bagi aku . muka aku yang azali nya adalah agak garang . orang kata muka aku muka sombong . aku tak sombong pun..kot..tapi muka aku memang macamni haaa.. kena banyakkan senyum lah , baru orang suka nak kawan dengan kita . hehe :D

Aku ada satu cerita paling lucu masa sem satu,

masa tu aku dengan kawan aku sejak matrik pegi makan di cafe .

Ramai gila kot orang , sebab masa tu lunch hour .

Dan tak ada meja kosong . 

Kitorang terpaksa share satu meja dengan sorang mamat ni , yang kitorang tak kenal .

meja tu meja 4 seat , jadi memang sempit la kan  .

awkward gila lah kalau tak borak dengan mamat ni . 

so aku , yang pemalu ni , buang rasa malu jap .

tetiba aku pandang dia dan aku cakap 

" HAI ! FAKULTI MANA ? "

hahaha . sejak dari tu kitorang kawan weh . dia pun agak masuk air . so jadilah kitorang kawan !

Sangatlah random dan spontan dapat kawan camtu kan . haish . lucu kalau ingat balik .

Tapi Cikgu Cakap Cari Jodoh Masa Masuk Universiti !




Betul ke cikgu aku ni ?

Dari dulu cakap . 

Haaa korang tak payah lah bercinta . nanti masuk U nanti jumpa la jodoh tu !

masalahnya cikgu, dah dua sem saya masuk U , yang saya tengok ,

SEMUA DAH BERPUNYAAA !

yang berpunya tu pulak , sejak sekolah menengah dan sejak matrik / diploma / praU

Jadi apakah maksud semua ini ?

Kemain saya tunggu nak masuk U , tengok2 semua dah ada orang punya . 

takkan nak sailang orang punya lak , ahahahaha .

Ok gurau saja , jodoh itu semua kerja Allah Taala . 

Kita tunggu dan lihat saja , kalau ada , ada la tu nanti , 

Kalau takda , suruh umi cari ,

( btw , orang cakap persatuan silat cekak aku tu tempat cari jodoh gak tu , hehek , boleh la usya-usya kan ) XD

JUMPA MATLUTHFI WEYYY ! ADOREEEEE !

Sape tak kenal matluthfi sila buka youtube dan search .

malas nak cakap panjang .

Matlufthfi ni idol aku tau , sejak aku sekolah menengah lagi aku tengok video2 dia ,

video dia dlu ada yang mengarut , ada yang sentap , tapi yang penting , ada ilmu terselit . 

Pemikiran matluthfi sangat dinamik . aku suka .

aku suka orang-orang yang suka berfikir . berfikir luar dari kotak sempit .

Sebab tu jugak aku suka novel-novel fixi karya Shah Johar ( idol aku juga ), aku suka bacaan yang menggunakan akal kerana buku-buku dia banyak terfaktabnya . ahaks.

serius aku tak pernah terbayang dapat berjumpa mata , face to face dengan seorang idola . 

memang sis fangirling habes ahh ! 

Harap dapat jumpa Shah Johar lak nanti . nak mintak sign buku aku . ehehehe.


Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM

 
Aku memang minat gila silat .

Sejak sekolah menengah lagi sebenarnya , aku nak join silat ,

tapi kat sekolah aku hanya ada silat Gayong , aku tak minat sangat.

Bukan ape , aku tengok silat gayong ni macam ekstrim sangat . takut sis . 

Bila aku masuk UKM , aku cabar diri aku untuk aktif dalam apa2 martial arts kat sini.

Entah macam mana aku boleh jumpa silat cekak ustaz hanafi ni  

(rasanya diorang ada buat iklan dalam whatsapp masa sem 1 dulu)

Aku terus berminat nak join sebab katanya sangat sesuai untuk muslimah sejati abad ini . cehhh.
bila aku masuk je SCH kat UKM . terus fall in love weyhhh !
Bukan fall in love kat budak silat eh , dekat seni silat ni . sangat lah sopan . ahaks
Aku sangat suka persatuan silat cekak hanafi sebab ikatan ukhwah diorang mantapp !
Rasa macam family wey . serius tak tipu !
Korang kalau masuk UKM ( atau mana-mana) U lain pun, kalau ada silat cekak hanafi . 
you should give it a try ! Tak rugi weyh !
Alhamdulillah masuk sem dua ni dah sampai ijazah potong , jauhhh lagi perjalanan, banyak lagi ilmu nak timba ni . 
Haaaa satu lagi , tahun ni aku sangat bertuah diberi kepercayaan untuk masuk wajadiri !
Membawa nama UKM ke persada kebangsaan wey ! Sis bangga !
Sebab aku belum lagi tamat , aku masuk kategori buah jatuh .
Alhamdulillah kitorang berjaya meraih pingat perak ! Sikit je lagi nak beat KUIS tapi tadapatt . 
ahakss, tkpe . next time k !
nah sis belanja gambar kat wajadiri haritu .



Thursday, 3 May 2018

Roommate < 3






Setelah 2 semester berada di UKM, banyak ragam manusia yang aku tengok kat sini.

Alhamdulillah aku ditemukan dengan banyak manusia yang baik-baik.

Namun ada je yang perangai pelik, aneh dan meragukan.

Eh?

Maksud aku , bila kau dah masuk alam universiti ni , macam-macam jenis manusia kau akan jumpa.

Kalau kau bukak UKM confession kan, macam-macam cerita boleh kau baca.

Macam-macam aku baca sampai masa nak masuk ukm tu fikir 2 kali gak aaa.

Tapi alhamdulillah , setakat ni semua orang aku jumpa , semua baik-baik.

Roommate aku baik sangat , kepala masuk air sama dengan aku . tapi tu sem ni lah. 

tahun dua nanti dapat roomate baru , semoga baik juga hiks .

Harapnya aku dapat roommate yang best jugak sebab aku tak suka duk sorang2 ! BOSAN !

Satu benda je bila kau share 1 ruang dengan orang lain,

BELAJAR UNTUK BERTOLAK ANSUR

Jangan cepat sentap , jangan cepat sakit hati .

Belajar untuk share apa yang kau ada dengan dia , sebab dialah kawan kau , tempat kau nak meluahkan penat dan lelah kau bila balik dari kelas , tempat nak sembang kosong dan lain2 

Roommate is your closest friend , sebab dialah yang tau perangai sebenar kau macam mana kat bilik , yang orang lain tak tau .

So berdoalah agar korang dapat roommate yang baik macam aku . eh ? 




Badan Beruniform UKM !

Haiii . entry kali ni aku nak cerita pasal badan beruniform di UKM .

Kat UKM ni , ada 4 badan beruniform yang korang boleh join which is 

1. Palapes ( geng askar )
2.Suksis ( geng polis )
3.Sispa ( geng pertahanan awam)
4.Bsmm ( geng bulan sabit merah )

Aku hanya boleh cerita pasal sispa sebab tu yang aku join . yang lain . korang tanye orang lain k. hehe.

Okey , niat awal aku join angkatan pertahanan awam malaysia ialah..aku nak stay kolej kediaman.

sebabnya , kalau korang join badan beruniform , korang memang konfem dapat kolej.

kalau tak , korang kena lah aktif untuk kumpul merit kolej kalau nak duduk situ. Dan aku duduk di 
kolej yang kecik iaitu ( Kolej Tun Hussein Onn) . memang berebut la wey nak stay sini.

Terpaksa cari alternatif lain.

Aku bukan ape . aku malas nak cari rumah sewa kat luar , takut pun ada dengar banyak cerita kat luar sana tu . jadi aku rasa , duduk dalam kawasan universiti lagi elok untuk aku,

tepuk dada tanya selera lah . 

Pada asalnya , aku memang tak aktif . sejak sekolah lagi aku memang tak suka badan beruniform.

Memandangkan aku nak jugak kolej, aku kuatkan semangat untuk cuba masuk sispa .

Aku pilih sispa diantara empat tu sebab..

Sispa ni paling rileks la bagi aku,

Kitorang punya perjumpaan hanya 5 kali satu sem . Sangatlah tak berat

Perjumpaan pun belajar sangat seronok. 

Kawad 2 jam je . tu pun start kul 8.30 .Taklah hitam mana kulit aku .

Dan lagi best , aku dapat kenal lagi ramai kawan kat situ . 

hmmm... tu je kot nak cerita . hehe . sem depan nak masuk kolej sispa dah ( Rahim Kajai ) 

Bye KTHO . Sayang KTHO . Sayangnya kita berpisah juga :')

cari sis sebesar biji selasih XD