//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image

Hey makhluk planet bumi ! Welcome to my Super Comel Blog ! Enjoy !





KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN 2016/2017

Hai blog usang yang hidup segan mati tak mau 

Maaflah . hajat di hati memang nak update blog selalu masa di kmkt 

tapi

dengan keadaan wifi berkelajuan siput dan kekura

hajat di hati terpaksa ditangguhkan


well

Hari ini . 21 June 2017 , sehari selepas result semester 2 keluar.

Syukur Alhamdulillah .. result aku baik baik aja 

Dalam entry baru hari ni , aku nak tunjuk lah sikit memori2 di kolej matrikulasi kelantan 

kolej yang aku sangat sayang untuk tinggalkan

but life must go on as they say

selain tu aku adalah beberapa nasihat untuk adik2 yang baru nak masuk matrikulasi . 

guys , kalau korang antara yang berhajat untuk masuk ke kolej matrikulasi

i got a few things to tell you

kehidupan di matrikulasi adalah sangat mencabar

mencabar ?

teruk sangat ke matrikulasi ni ?

takk ! 

matrikulasi tak teruk !

serius aku cerita . aku suka sangat belajar di kmkt

tapi ini dari perspektif hidup aku , lain orang lain lah ceritanya kan

tapi korang kenalah bersedia mental dan fizikal

sebab matriculation is not a laughing matter !

aku nak beri pesanan ikhlas

ikhlas dari alumni kmkt 2016/17


ceyh
1. always study but never abandon your freedom.

maksud aku di sini , matrik ni , dia banyak kuiz lah test lah kelas malam lah .

like almost every night aku ada kelas malam weh

tapi it's a good thing . sebab kalau kelas tu takda . chances aku study adalah 5% ke bawah

tugasan individu . tugasan berkumpulan . tugas itu tugas ini

memang banyak

tapi kalau korang pandai bahagikan masa . sure lah boleh !

 sebab aku (seorang yang pemalas dan suka tido) pun boleh

TAPI

TAPI

TAPI

PLEASE ! JANGAN STUDY 24 hours 

JANGAN JANGAN JANGAN 

JANGAN jadi bookworm yang takda life !

Serius aku cakap . life kat matrik ni , walaupun agak stress
 
ada masa2 yang seronok sangat 

yang manis bila kita kenang balik 

contohnya bila ada event . korang participate lah !

macam aku ! haha




walaupun benda tu tak ada markah lebih or whatever 

benda tu FUN dan memberi keseronokan 

THATS NOT CHEAP 

lagi2 kat matrik yang memang stress tu wujud dan menakutkan

so ingat hakak bagitau

masa main , main betul2

masa rehat , rehat betul2

masa belajar , belajar betul2

2.Jagalah Hati Lecturer 



kat matrik ni , apa2 pun kita memang kena bodek lecturer . haha

bukan bodek maksud aku bagi makanan ke apa ke 

maksud aku . kena lah bagi lecturer kenal kita

masa2 free pergi ke cubicle lecturer . tanya soalan2 yang kita tak faham

or yang aku suka buat ialah

buat kerja depan lecturer

contoh la , lecturer math bagi homework math untuk kau siapkan

pastu ada masa free . guna la masa tu untuk pergi cubicle

buat kerja tu depan lecturer math ( even bukan lecturer yang mengajar kita)

diorang tak kesah pun . asalkan kita x ganggu dia 

benda ni mudah je tapi tak ramai orang buat

dan benda ni memberi kesenangan utk kita jgk

yela . yang mana tak faham boleh terus tanya . balik nanti kerja dah siap !

kan jimat masa !

masa gap tu korang pandai2 lah guna ye . nak makan boleh . 

tapi agak2 ah takkan sejam makan .

guna la masa tu baik2 untuk benda2 berfaedah ye

3. Nak Happy2 Boleh Tapi..
korang nak tengok tv kat cafe

korang nak layan wifi kolej

korang nak main game

nak itu nak ini 

semua tu boleh !

tapi korang kena ingat . benda2 tu korang jangan laa taksub sangat

sebab bila benda2 tu jadi rutin

dia boleh consume life kita . masa kita.

so ingat , kat sana tak da orang nak jaga kita .

kita kena jaga diri sendiri .

fikir dulu sebelum buat apa2 benda

yang mungkin boleh back fire kpd diri kita sendiri .

okay ?

good
4. Pandai Pandai lah Pilih Kawan
ingat kawan yang baik akan selalu mendorong kita ke arah kebaikan

dan sebaliknya

di matrikulasi ni , hidup kita akan sangat2 dipengaruhi oleh orang2 di sekeliling kita

jadi sebelum apa2

nilai dulu orang tu , ok ke tak ok untuk jadi kawan kita

okay ?

okay
5. Cuba hilangkan rasa malu
malu ni banyak , 

malu nak berkawan

malu nak bertanya

malu nak duduk depan satu kuliah bagi presentation .
 


eh

haha

korang kena pandai lah kawal rasa malu tu

break out of your shell !

bina confident level kita 

sebab kita nak guna soft skills ni dalam hidup jugak nanti 

so little by little 

kena mula dari sekarang !


***


banyak nya lagi aku nak membebel 

tapi aku rasa cukup lah dulu untuk sekarang 

banyak2 pun korang baca ke ?

hahahaha

until next time